HOKI
Liga Hoki Remaja: Adib Amsyar pacu SSBJ Thunderbolts ke perlawanan akhir
Kejayaan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) Thunderbolts menewaskan PHJ-MSJ 2-0 pada perlawanan separuh akhir divisyen satu Liga Hoki Remaja Malaysia (LHRM) menyaksikan penjaga gol kedua sekolah sukan itu, Mohammad Adib Amsyar, mempamerkan kecemerlangan memukau untuk membantu pasukannya meraih kemenangan.
Penjaga gawang muda itu membuktikan pemilihan ketua jurulatih, Lokman Yahaya, merupakan keputusan tepat apabila berhasil menggagalkan percubaan berbahaya pasukan lawan di hadapan pintu gol.
"Kami mengambil masa seminggu untuk meneliti cara permainan lawan selain memperbaiki kelemahan pasukan untuk mendapatkan kemenangan bersama pasukan," kata penjaga gol SSBJ Thunderbolts itu.
Iklan
Dalam masa sama, pengendali SSBJ Thunderbolts itu menyifatkan persaingan melibatkan posisi utama penjaga gawang kini semakin kompetitif di sebalik mempunyai dua penjaga gol berkualiti yang terus menawarkan prestasi terbaik.
"Tidak dinafikan bahawa setiap posisi penjaga gol di pasukan saya sedang bersaing antara satu sama lain namun, saya mempertaruhkan sepenuh kepercayaan kepada Adib Amsyar untuk diturunkan pada aksi seterunya," kata ketua jurulatih pasukan itu.
Must-Watch Video