Skip to main content

Hoki

Liga Hoki Kuala Lumpur: DFINI juara edisi 2025, Bukit Aman diperkuat Razie Rahim, Faizal Saari tewas

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hkl.jpg
Perlawanan akhir Liga Hoki Kuala Lumpur menemukan dua pasukan terbaik musim ini, Bukit Aman berdepan DFINI Hockey Team di Stadium Hoki Bukit Jalil, semalam.

Kejohanan ikonik itu dihidupkan kembali kepimpinan tertinggi Persatuan Hoki Kuala Lumpur (PHKL), membuka tirai pada 3 Mei lalu dan menarik sejumlah 19 pasukan lelaki untuk mengambil bahagian.

Final tersebut diserikan dengan kelibat dua bekas tonggak terkemuka skuad negara, Razie Rahim dan Faizal Saari, yang memperkuat Bukit Aman.

Meskipun Faizal berjaya membuka tirai jaringan di awal permainan, namun permainan jual beli serangan kedua-dua pasukan ini berakhir dengan 2-2, hasil kebangkitan saat akhir Bukit Aman menerusi jaringan Muhammad Khairul Ikhwan, namun penentuan penalti shoot-out memihak DFINI, sekali gus mencipta kejutan di pentas final.




Bekas pemain The Speedy Tigers, Meor Azuan Hassan dan Shahril Saabah, turut memainkan peranan penting di sebalik kejayaan kelab itu muncul juara liga musim 2025.

"Kebanyakan pemain DFINI diperkuat oleh bekas pemain remaja kebangsaan dan ada yang pernah bermain di peringkat negeri mahupun Sukan Malaysia (Sukma).

"Kami sangat gembira bermain dalam liga seperti ini bersyukur dengan kejayaan ini.

"Pasukan ini terkumpul dalam masa singkat, dan kejayaan terbesar dapat menewaskan skuad yang besar seperti Bukit Aman," kata kapten DFINI, Firdaus Musa.

"Kami mahu penganjuran ini berterusan. Ini adalah platform buat bekas pemain kebangsaan dan pemain muda. 

"Akan datang, lebih ramai lagi akan menyertai liga ini," kata Presiden PHKL, I. Vikneswaran.

Advertisement

Must Watch Video