Skip to main content

Hoki

Liga Hoki Dunia: The Malaysian Hockey Tigress mampu cipta keajaiban

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hoki-wanita-110417.jpg
Jurulatih skuad hoki wanita negara, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah, menuntut anak didiknya untuk tidak berasa kecewa dengan undian sukar dalam separuh akhir Liga Hoki Dunia kerana berpendapat The Malaysian Hockey Tigress masih berpeluang untuk merebut tiket ke pusingan akhir hoki Piala Dunia. 

Dhaarma mengakui nasib tidak menyebelahi skuad hoki wanita negara apabila diletakkan dalam kumpulan maut bersama-sama Australia, New Zealand, Belgium dan Sepanyol. 

Bagi Dhaarma, dengan ranking pasukan hoki wanita negara paling rendah dibandingkan dengan semua negara peserta, pemain negara harus menerima hakikat ini. 

"Ini undian yang sukar tapi kami masih mempunyai peluang kerana Belgium berada di kedudukan ke-14 dunia. 

"Kami pernah menewaskan pasukan ke-15 dunia, Itali, di laman sendiri dan keajaiban boleh berlaku. 

"Kami perlu satu perlawanan untuk mendapat tempat keempat dan pasukan yang berjaya melayakkan diri ke suku akhir, akan layak ke Piala Dunia," katanya. 

Dhaarma turut mengakui skuad hoki wanita negara turut berdepan dengan rintangan sukar memandangkan kejohanan itu bakal berlangsung dalam bulan puasa serta juga sambutan Hari Raya Aidilfitri. 

"Inilah perkara-perkara yang perlu diberitahu kepada pemain untuk mereka menyesuaikan diri.

"Bulan puasa dan berhari raya di perantauan sudah pasti akan memberi kesan kepada mereka."

Advertisement

Must Watch Video