Syarikat Sukan Elektronik (E-sukan) dan permainan video terkemuka, ESL FACEIT Group (EFG), dengan kerjasama Qualcomm Technologies Inc, komited memperluaskan hala tuju sukan E-sukan bagi tahun ketiga siri Snapdragon Pro bagi musim kelima dan keenam ini.

Musim baru ini akan menampilkan kumpulan hadiah paling terbesar dalam sejarah dunia E-sukan sepanjang siri Snapdragon pro itu dipertandingkan iaitu hampir mencecah RM21 juta Ringgit.

Setiap pesaing berpeluang untuk bersaing dalam tujuh gelaran permainan paling popular di dunia selepas Pro Snapdragon mengambil langkah berkerjasama bersama pemaju E-sukan terkemuka seperti Activision Publishing, Inc., MOONTON Games dan Supercell.

Antara E-sukan yang akan dipertandingkan nanti adalah Brawl Stars, Mobile Legend Bang Bang, Garena Free Fire, Clash of Clans dan Call of Duty Mobile.

"Kami berbangga untuk meneruskan kerjasama kami bersama Qualcomm Technologies di peringkat persaingan yang lebih maju kehadapan dan teknologi mudah alih bagi memberikan para pemain lebih banyak peluang untuk bersaing daripada perlaanan menentang rakan sahaja hingga ke pentas dunia.

"Tahap pelaburan yang kami lihat daripada penerbit dan pertumbuhan eksponen Siri Snapdragon Pro merupakan masa depan buat E-sukan.." kata VP Games Ecosystems, Mobile, Sam Braithwaite.