Skip to main content

Sukan Lain

Liga Amatur Terengganu: PBSMT sekadar raih satu mata

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tal2.jpg
Hasrat Persatuan Bola Sepak Melayu Terengganu (PBSMT) Lanjerket untuk meneruskan tekanan kepada pendahulu liga tidak kesampaian selepas terikat 2-2 dengan CND FC dalam aksi Liga Amatur Terengganu (TAL) di Kompleks Sukan Gong Badak, kelmarin.

Ahmad Haffizi Mohd meletakkan PBSMT di depan pada minit ke-10 dengan jaringan menarik menerusi gerakan solo dari sebelah kanan, namun mereka gagal menguasai permainan selepas itu.

Sebaliknya, CND FC menyamakan kedudukan 1-1 hasil jaringan Mohamad Shukri Mat Nong (m-32) sebelum menamatkan babak pertama dengan gol kedua oleh Mohammad Rozaimi Salim pada minit ke-42.

PBSMT terpaksa menanti sehingga minit ke-88 untuk menyamakan kedudukan 2-2 apabila Muhammad Ridhwan Safien menyelamatkan maruah pasukannya.

Keputusan seri ketiga itu menyaksikan PBSMT jatuh satu anak tangga ke kedudukan keempat dengan enam mata daripada empat perlawanan.

Carta liga masih diterajui Markless Kebilal yang mengumpul 10 mata selepas menang besar 4-1 ke atas TFFC manakala Separa Elit Akademi Terengganu (ATFC) yang seri 1-1 dengan Perkasa Alam, berada di tangga kedua dengan tujuh mata.

Kedudukan ketiga diisi Gemuda FC yang menang tipis 1-0 mengatasi Delima Warriors.

Advertisement

Must Watch Video