HOKI
LHRW: Jamu lamb shank sempena kejayaan Negeri Sembilan ke suku akhir
Skuad hoki Majlis Sukan Negeri Sembilan (MSNS) bakal meraikan kejayaan mara ke peringkat suku akhir Liga Hoki Remaja Wanita (LHRW) dengan hidangan "lamb shank" selepas menonjolkan prestasi terpuji ketika membenam cabaran Akademi Hoki MBPJ 2-0, petang tadi.
Jurulatih MSNS, Tan Ghee Wah, merumuskan kejayaan anak buhannya berpunca daripada kejayaan pemain yang mengikut pelan taktikal dengan menggunakan konsep penstrukturan di bahagian bawah dan atas secara keseluruhan.
Sementara itu, kapten dan penjaring terbanyak skuad tersebut, Nurul Fatin Najwa Norrolazmi, menyifatkan kata-kata semangat daripada rakan antara pencetus yang mengangkatnya sebagai mesin gol pasukan.
Iklan
"Saya perlu menyedarkan pemain yang terleka mengenai tugas masing-masing.
"Mereka dapat menuruti arahan yang saya berikan," katanya selepas perlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Jurulatih Akademi Hoki MBPJ, Alam Syah Md Salim, sebaliknya pemainnya gagal mengikut pelan dan taktikal yang cuba diterapkan terutama ketumpulan dalam aspek tackling.
Selain itu, faktor cuaca dan lokasi turut memberi impak terhadap persembahan anak buahnya yang dilabelnya begitu hebat ketika menewaskan JW Hawks Auroras 14-1.
Bagaimanapun, MPBJ sudah pun melayakkan diri ke peringkat suku akhir meskipun tewas.
"Kami masih lagi leka dengan aspek tackling.
"Cuaca panas juga menyebabkan pemain saya kurang fokus dan bola terlepas ke belakang.
"Kami banyak melepaskan peluang di dalam kotak D seperti pukulan sudut penalti dan situasi satu lawan satu dengan penjaga gol.
"Faktor dan cuaca juga main peranan kerana gelanggang dua ini tiada tempat teduh seperti gelanggang satu," katanya.
Must-Watch Video