HOKI

LHM: UniKL bakal turunkan barisan pemain muda

Ammar Hakim 03/02/2022 | 10:29 MYT
Ekoran masalah dalaman yang melanda juara berganda 2021 itu, UniKL terpaksa menggalas cabaran musim 2022 serta mempertahankan kejuaraan mereka dengan menurunkan barisan pemain muda.
Difahamkan kebanyakan pemain berpengalaman seperti Shukri Mutalib menjulang kejuaraan LHM 2021 serta Piala Sumbangsih, sudah pun dipikat pasukan lain ataupun terpaksa mencari pasukan baru untuk musim 2022.
Ini selepas mereka gagal mendapatkan pengesahan masa depan mereka daripada pihak pengurusan, menuju ke musim baru.
Jurulatih pasukan, Megat Azrafiq Termizi, dipercayai masih tersenarai untuk membimbing pasukan tersebut buat musim 2022.
Bagaimanapun masih tiada senarai nama muktamad pemain yang bakal membarisi pasukan UniKL dalam misi mempertahankan gelaran liga juara mereka setakat ini dengan baki beberapa minggu sebelum pembuka tirai musim baru.
UniKL antara pasukan yang memiliki konsistensi baik, sejak berada dibawah bimbingan Arul Selvaraj sehingga jawatan ketua jurulatih diambil alih oleh bekas pemain kebangsaan, Megat Azrafiq pada 2021, UniKL masih mampu mempertahankan kejuaraan Piala TNB dan Liga Perdana.
;