Terengganu Hockey Team (THT) hanya selangkah lagi untuk mencipta sejarah baru selepas skuad kendalian Seo Jong-ho itu menawan Liga Hoki Malaysia (LHM) 2023 dengan menewaskan Tenaga Nasional Berhad (TNB) , 3-2 dalam perlawanan terakhir liga di Kuala Terengganu, malam tadi.
Kejayaan itu merupakan trofi kedua THT musim ini selepas menjulang Piala Sumbangsih, namun mereka tidak pernah mencipta kejuaraan 'treble'.
Prestasi mantap pakar pukulan sudut penalti, Jang Jong-hyun, yang muncul penjaring kedua terbanyak LHM menerusi koleksi 25 gol menjadi senjata utama menjelang pertemuan separuh akhir pertama Piala TNB, Selasa ini.
"Kejayaan memenangi liga dengan rekod tanpa kalah akan memberi motivasi buat kami menghadapi kempen seterusnya, ke separuh akhir dan final.
"Kami fokus kepada satu persatu perlawanan dan matlamat utama kami dalam sesebuah perlawanan ialah mahu menang," kata Shello.
THT bakal berentap dengan kelab di tangga keempat LHM, UiTM HA-KPT sementara satu lagi separuh akhir menemukan TNB dan Maybank.
Ia menjadi rintangan sukar tapi tidak mustahil THT mampu meraih tiga gelaran musim ini.
"Slogan 'Together THT" menjadi azimat kami yang sebelum itu tersentak diikat Maybank 2-2.
"Kami banyak peluang, boleh memenangi perlawanan itu dan kami pilih jalan sukar.
"Selepas memenangi kejuaraan berganda, kami ingin melakar sejarah bersama THT.
"Sejak mewakili THT pada 2013, kami tidak pernah memenangi tiga gelaran semusim," kata Fitri pula.