LHM: THT, Maybank teruskan momentum kemenangan

Muzaffar Musa
Februari 11, 2023 23:26 MYT
Terengganu Hockey Team (THT) dan Maybank meraih kemenangan kedua berturut-turut dalam saingan Liga Hoki Malaysia (LHM) musim ini selepas menewaskan lawan masing-masing sebentar tadi.
Aksi di Stadium Hoki Bertam menyaksikan pasukan juara Piala Sumbangsih, THT, tidak berdepan masalah untuk menewaskan Nurinsafi 7-1.
Sebagai rekod, Pasukan Terengganu itu mengatasi Tenaga Nasional Berhad (TNB) 4-3 untuk meraih tiga mata pertama dan bergelar juara Piala Sumbangsih minggu lalu.
Dalam pada itu, aksi di Stadium Hoki Nasional 2 pula menyaksikan Maybank mudah mengatasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan kemenangan 7-0.
Ia merupakan kemenangan kedua daripada dua perlawanan musim ini buat Maybank selepas membelasah TNB Thunderbolts 10-0 dalam aksi pertama.
Aksi di sebelah petang pula menyaksikan TNB meraih kemenangan pertama dengan berpesta gol 9-0 ke atas Tunderbolts di Stadium Hoki Nasional.
#Hoki #TNB #Maybank #THT #Liga hoki Malaysia