Terengganu Hockey Team (THT) tidak rela tumpas kepada Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) buat kali ketiga musim ini dalam misi menjulang gelaran juara Liga Hoki Malaysia (LHM) apabila kedua-dua pasukan membuat perhitungan terakhir esok.
Setelah kempunan menjulang Piala Tan Sri P. Alagendra dan Piala Sumbangsih pada awal musim dengan tewas kedua-duanya kepada KLHC, THT bertekad membalas kekecewaan itu dalam pertemuan terakhir esok.
Apatah lagi, mereka kini mempunyai kelebihan satu mata ke atas KLHC dan sedang menerajui liga, justeru THT hanya memerlukan seri untuk dinobatkan sebagai juara.
Sandaran sudah pasti terhadap penjaring terbanyak liga ketika ini, Gonzalo Peillat, yang sudah merekodkan 13 gol, dengan 11 daripadanya terhasil menerusi pukulan sudut penalti.
"Kami tewas dua kali kepada mereka musim ini.
"Aksi esok ibarat final buat kami. Sudah tentu pemenang akan dinobatkan juara.
"Kami teruja memandangkan KLHC merupakan pasukan mantap buat masa ini dan kedua-dua pasukan mempunyai kekuatan seimbang," kata Peillat.
Di kem KLHC pula, status juara bertahan meletakkan rekod pertemuan sebelum ini sebagai bekalan motivasi untuk berdepan THT.
KLHC juga mempunyai jentera serangan yang ampuh dengan bekas tonggak import THT musim lalu, Jang Jong-hyun, bakal menjadi duri dalam daging buat lawan.
Jong-hyun meledak 10 gol musim ini untuk mengekori rapat Peillat dalam pemburuan status penjaring terbanyak liga.
"Mereka mempunyai pakar pukulan sudut terkemuka dunia.
"Kami tidak boleh memberikan pukulan sudut penalti dengan mudah. Dengan itu kami kena berhati-hati di bahagian pertahanan," kata jurulatih KLHC, Lim Chiow Chuan.