Terengganu Hockey Team (THT) dinobatkan sebagai juara Liga Hoki Malaysia (LHM) 2022 selepas menewaskan Tenaga Nasional Berhad (TNB) 3-2 di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu sebentar tadi.
Kemenangan dalam aksi liga terakhir itu menyaksikan pasukan Pantai Timur berkenaan menamatkan saingan selaku pasukan terbaik dengan 32 mata manakala TNB pula terpaksa berpuas hati selaku naib juara dengan hanya dibezakan dua mata daripada THT.
Ia juga merupakan trofi kedua pasukan bimbingan Roslan Jamaluddin itu musim ini selepas turut menjulang Piala Sumbangsih bulan lalu.
Turun di Kuala Terengganu, TNB hanya memerlukan satu mata untuk bergelar juara dan berhasil di depan menerusi pukulan sudut penalti Azril Misron pada minit ke-11.
Bagaimanapun, Firdaus Omar kembali menyamakan kedudukan buat THT pada minit ke-30 sebelum ayam tambatan, Faizal Saari, meletakkan pasukan tuan rumah itu di depan hasil jaringan padang pada minit ke-48.
Shahril Saabah kembali menceriakan kem pelawat dengan gol penyamaan dalam suku keempat tetapi Faizal memastikan pasukannya bergelar juara dengan meledakkan pukulan sudut penalti pada penghujung saingan.
Kredit foto: MHC