Skuad Politeknik-KPT memulakan aksi Liga Hoki Malaysia (LHM) Divisyen 1 dengan kemenangan 6-1 ke atas pendatang baru, Persatuan Hoki Terengganu (MSN-PHT), di Kuala Terengganu, petang tadi.
Politeknik bermula baik dengan dua percubaan daripada Mohd Firdaus Ismail (m-3) dan Oh Seyong (m-7), namun cemerlang dinafikan penjaga gol Terengganu, Mohamad Fikri Mohamad Nor.
Gol pendahuluan pelawat hanya hadir dalam suku kedua pada minit ke-18 hasil pukulan sudut penalti yang disudahkan Mohd Shafiq Yaacob.
Peluang terbaik Terengganu untuk menyamakan kedudukan tiba pada penghujung separuh masa menerusi serangan balas, malangnya gagal disempurnakan Mohd Khairi Anwar Azmi.
Selepas rehat, Politeknik menggandakan kedudukan menerusi Mohamad Syazwi Rani yang menyambar hantaran Mohd Firdaus Ismail dari sebelah kanan pada minit ke-39.
Hanya dua minit kemudian, Politeknik semakin selesa selepas pukulan sudut penalti Muhammad Nurasyraf Rosli menewaskan Mohamad Fikri buat kali ketiga.
Usaha tuan rumah memburu gol membuahkan hasil apabila Wan Ahmad Akif Salihin Wan Manzrul mengurangkan defisit jaringan menerusi gol padang pada minit ke-47.
Hasrat Terengganu untuk bangkit dimatikan Politeknik yang melengkapkan derita tuan rumah dengan tambahan tiga lagi jaringan daripada Oh Seyong (m-49), Mohamad Shazwi (m-52) dan Mohd Shafiq (m-58).