Maybank wajib ke suku akhir LHM! -- Transisi permainan dalam dewan ke padang bukan satu perkara yang mudah, namun kapten skuad kebangsaan, Najmi Farizal Jazlan, tidak mahu menjadikan ia sebagai alasan untuk mengharungi baki Liga Hoki Malaysia (LHM) musim ini.
Terdahulu, skuad kendalian Iman Gobinathan memperoleh kemenangan 2-0 berdepan Territory Stingers meskipun perlawanan dihentikan di suku ketiga ekoran cuaca lebat dan kilat menyambar.
Maybank kini menghuni tempat ketiga LHM dengan sasaran mahu melayakkan diri ke peringkat seterusnya walaupun berkemungkinan menghadapi lawan sukar seperti Tenaga Nasioal Berhad (TNB) dan Terengganu Hockey Team (THT).
"Bagi saya, Maybank harus wajib ke suku akhir.
"Kami kena fokus perlawanan demi perlawanan.
"Beralih semula ke padang daripada dalam dewan agak sukar ditambah pula faktor waktu.
"Kami harus biasakan perkara itu.
"Kami mesti berwaspada berdepan TNB. Saya rasa kami tidak mempunyai masalah untuk ke pusingan seterusnya," katanya di Nadi Weekend.