Skip to main content

Hoki

LHM: Maybank buru mata berharga ke atas KLHC

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

maybank-hoki_2.jpg
Pasukan Maybank masih mencari formula kemenangan dalam saingan Liga Hoki Malaysia (LHM) musim ini selepas mereka terperosok di dasar liga dan bakal membuat perhitungan dengan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC), hari ini. 

Selepas enam perlawanan, Maybank masih buntu untuk mencipta kemenangan dalam saingan LHM. 

Daripada enam perlawanan, mereka tumpas lima serta mencatat satu seri ketika bertemu dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB), Ahad lalu. 

Tugas semakin getir buat skuad kendalian Shaiful Azli Abd Rahman itu apabila bakal berdepan KLHC yang masih segar dengan kemenangan 4-0 ke atas TNB Thunderbolts, kelmarin. 

"KLHC giat memburu gol dan mata. 

"Maybank pula dalam proses mencuri mata daripada pasukan-pasukan kuat dan kami mahu melakukannya ke atas KLHC," kata tonggak Maybank, Hafifi Hafidz Hanafi. 

Barisan pemain Maybank sedar perlu berwaspada dengan ketangkasan jentera serangan KLHC yang ditunjangi barisan pakar pukulan sudut penalti, Muhammad Razie Abd Rahim dan Jang Jong-hyun. 

Secara keseluruhan, KLHC sudah merekodkan 23 jaringan dalam enam perlawanan dan oleh kerana itu, Maybank perlu mencari jalan untuk mengekang asakan lawan dalam perhitungan hari ini. 

"Aksi kami tidaklah begitu teruk. 

"Kami banyak mensia-sia dan melepaskan pukulan sudut penalti. 

"Kami perlu bangkit dengan menjaringkan gol, ia pasti menjadi detik kebangkitan kami," ujar penjaga gol Maybank, Hayward Leon Kayne. 
 

Advertisement

Must Watch Video