Skip to main content

Hoki

LHM: KLHC mudah jinakkan Thunderbolts

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

klhc_1.jpg
Kuala Lumpur Hockey Team (KLHC) yang kini dalam misi mempertahankan kejuaraan liga semakin mempamerkan belang apabila mudah menundukkan TNB Thunderbolts 4-0 dalam Liga Hoki Malaysia (LHM) di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.

KLHC, yang turun dengan misi untuk terus mengejar kedudukan atasan liga, tampil agresif dengan tidak menunggu lama untuk menggegar gawang Thunderbolts menerusi  Jang Jyung Hyun seawal minit ketiga untuk mendahului 1-0.

Thunderbolts cuba bangkit tetapi terus menemui jalan buntu apabila lawan menggandakan jaringan pada minit ke-31 menerusi Nicholas Budgeon daripada peluang hasil pukulan sudut penalti sebelum Thomas Carson menjadikan kedudukan 3-0 menerusi gol padang minit ke-49.

Enam minit kemudian, Jyung Hyun terus menambah derita Thunderbolts apabila menyumbat gol keempat untuk perlawanan berakhir dengan kemenangan 4-0 memihak KLHC.

KLHC akan menyambung aksi LHM  apabila turun menentang Maybank, Jumaat ini, sementara TNB Thunderbolts bakal berdepan UniKL.

Advertisement

Must Watch Video