Kapten Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC), Sukri Mutalib, hampir mengaku kalah dalam misi mempertahankan Piala Liga Hoki Malaysia (LHM) apabila gagal meraih kemenangan selepas tiga perlawanan pertama musim ini.
Selepas hanya mengutip dua mata daripada tiga perlawanan, timbul persoalan adakah KLHC mampu mempertahankan kejuaraan mereka.
"Kami terlalu banyak keciciran mata.
"Bercakap tentang kejuaraan liga, apa yang perlu kami lakukan adalah memperbaiki kesilapan.
"Jurulatih akan beritahu apa yang perlu dilakukan atau diperbaiki bagi menghadapi perlawanan akan datang," katanya.
Bagaimanapun, Sukri menafikan KLHC semakin goyah untuk mempertahankan kejuaraan.
"Bagi saya tidak. Seperti yang saya katakan, kami tidak boleh bercakap mengenai kejuaraan kerana keciciran banyak mata.
"Kami perlu fokus untuk perlawanan akan datang supaya kami dapat mengejar pasukan di atas."
Selepas menjulang dua trofi, Piala Tan Sri P. Alagendra dan Piala Sumbangsih, KLHC jelas bergelut dalam liga.
Justeru, Sukri menuntut rakan sepasukannya supaya lebih fokus dalam baki kempen ini.
"Saya tidak pasti tetapi mungkin ada sedikit kelekaan dalam suku ketiga dan keempat.
"Apa yang pasti, kami berdepan dengan pemain-pemain bertaraf dunia. Sedikit kealpaan, sedikit kesilapan, kami akan dihukum," katanya.