Jawatankuasa Pertandingan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) menetapkan tarikh penganjuran Liga Hoki Malaysia (LHM) 2022 melibatkan saingan lelaki dan wanita akan berlangsung dari 18 Ferbuari hingga Jun 2022
Bagaimanapun tarikh perlawanan terakhir pertandingan itu masih belum diputuskan kerana Jawatankuasa Pertandingan KHM perlu mengambil kira jumlah pasukan yang akan mengesahkan penyertaan sebelum menetapkan tarikh akhir berkenaan.
Dalam satu sidang media di pejabat KHM hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan KHM, Datuk Seri Dr. Anil Jeet Singh, berkata sekiranya KHM menerima jumlah penyertaan pasukan yang tinggi, jawatankuasa itu akan mempertimbangkan untuk mewujudkan kembali saingan Divisyen 1.
“Selepas berakhirnya Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan KHM minggu lalu, kami telah menetapkan bahawa Kejohanan Liga Hoki Malaysia 2022 akan bermula pada 18 Februari 2022.
“Penganjuran tahun ini juga akan kembali kepada format liga iaitu perlawanan akan dijalankan secara timbal balik dan tidak akan dijalankan mengikut format karnival seperti tahun lalu.
“Perlawanan Piala Sumbangsih akan berlangsung pada hari pembukaan, iaitu pada 18 Februari ini di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil dengan Juara LHM 2021, Universiti Kuala Lumpur (UniKL), akan bertemu Juara Piala TNB 2021, Terengganu Hockey Team (THT).
“Semua perlawanan timbal balik akan berlangsung di Semenanjung Malaysia dan Jawatankuasa Kerja LHM 2022 akan melakukan pemeriksaan terhadap padang hoki yang boleh dijadikan sebagai venue perlawanan.
“Bagi menghormati bulan Ramadan, liga akan berehat sepanjang bulan berkenaan dan akan disambung selepas itu.
“Pasukan yang mengambil bahagian dibenarkan untuk mendaftarkan pemain kebangsaan dan pemain import tetapi dalam satu perlawanan, hanya enam pemain campuran import dan pemain kebangsaan dibenarkan untuk berada di atas padang.
“Pasukan yang ingin mendaftarkan pemain import perlu mengambil tanggungjawab sepenuhnya untuk mendapatkan kebenaran dan pelepasan bagi pemain tersebut ke Malaysia untuk menyertai LHM,” katanya.