Skip to main content

Hoki

LHM: 40 gol bukti sentuhan berbisa Azrai Aizad

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

muhammad-azrai-aizad-abu-kamal.jpg
Penyerang skuad hoki kebangsaan, Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal, merekodkan sejarah baru Liga Hoki Malaysia (LHM) apabila muncul penjaring terbanyak menerusi 40 gol dalam semua pertandingan.

Ini merupakan jaringan tertinggi yang pernah dihasilkan pemenang penjaring terbanyak dalam sejarah penganjuran LHM dan ini bermakna, Azrai Aizad kini sebaris dengan Gonzalo Peillat, Faizal Saari selaku pemilik status penjaring terbanyak.

"Saya lepaskan geram kerana tidak dapat (menyertai) Piala Dunia yang lalu disebabkan kecederaan. 

"Jadi saya fokus kepada liga dan inilah hasilnya. 

"Kemenangan paling manis musim ini adalah ketika bangkit bertemu Maybank, kelmarin," katanya selepas dikecewakan dalam penentuan Piala TNB di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.

Penyerang berusia 23 tahun itu meledak 33 gol padang dan tujuh jaringan daripada situasi pukulan sudut penalti.




Dia turut menyumbat satu jaringan dalam usaha mengekang dominasi 1-2 Terengganu Hockey Team (THT) dalam Piala TNB. 

"Jaringan padang merupakan kelebihan saya. 

"Jadi saya akan kembali ke pangkuan skuad kebangsaan dengan segar," katanya. 

Advertisement

Must Watch Video