Skip to main content

Sukan Lain

LHM 2018: Aksi THT-KLHC penentu juara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

fitri-saari_1.jpg
Kemenangan 4-2 Terengganu Hockey Team (THT) ke atas TNB Thunderbolts meletakkan skuad kendalian Sarjit Singh itu pada kedudukan selesa bertemu seteru utama mereka, Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC), dalam aksi terakhir esok dalam mengejar kejuaraan Liga Hoki Malaysia (LHM).

THT kini menduduki singgahsana liga dengan 21 mata -- satu mata mengatasi KLHC selepas mencetak kemenangan 4-2 ke atas TNB Thunderbolts, semalam.

Walaupun aksi pada awal babak menyaksikan THT sukar untuk mencari ruang selain Thunderbolts terlebih dahulu membuka tirai jaringan, kesukaran itu nampaknya segera diatasi anak buah Sarjit.

Mereka mengambil masa hingga ke minit ke-26 untuk lebih selesa mencetak jaringan dan dominasi THT mula terserlah.

"Kami bermain lebih baik pada separuh masa kedua. Setiap kesilapan yang dilakukan sejak permulaan permainan berjaya diperbaiki dengan meraih kemenangan," kata Sarjit.

Bagi pemain import THT, Gonzalo Peillat, aksi terakhir bertemu KLHC adalah keutamaannya ketika ini.

Pemain skuad kebangsaan Argentina itu berkata kekecewaan gagal di tangan KLHC dalam pentas akhir saingan Piala Tan Sri P. Alagendra dan Piala Sumbangsih perlu dilunaskan esok.

"Ini bakal menjadi pertemuan ketiga berdepan KLHC. Kami menyedari mereka adalah pasukan yang berkualiti dan THT akan berusaha untuk mempertingkatkan mutu ketika bertahan," kata Peillat.

Advertisement

Must Watch Video