Pemandu terkemuka Formula 1 (F1), Lewis Hamilton, menegur kru produksi filem khususnya pelakon yang membawa watak utama salah menggunakan gear ketika penggambaran babak di litar.

Pelumba dari Mercedes AMG Petronas itu merupakan penerbit bersama filem itu sememangnya mahukan keaslian atau realiti sebenar sukan F1 diterjemahkan secara terperinci supaya tiada kesilapan berlaku, malah ingin penonton merasai pengalaman sebenar melalui penghasilan cerita tersebut.

"Lewis menonton sebahagian filem dan memberi kritikan bagaimana pemandu sebenar melakukan pelbagai perkara.

"Penggunaan gear menjadi perhatiannya di mana kami tidak menggunakan gear yang bersesuaian," kata penerbit filem, Jerry Bruckheimer.




Bruckheimer menghargai sumbangan Hamilton meskipun setiap butiran kadangkala menambah kos produksi filem, namun oleh kerana mahu menonjolkan fakta sebenar, ia tidak menjadi masalah buat mereka.

Filem yang dibintangi Brad Pitt ini dijangka ditayangkan pada tahun 2025, berhasrat menjadi gambaran paling realistik tentang dunia Formula 1 dengan bantuan besar daripada kepakaran Hamilton.