F1
Lewis Hamilton alami kemalangan ketika sesi ujian
Juara dunia tujuh kali, Sir Lewis Hamilton, dilaporkan terlibat dalam kemalangan semasa sesi ujian pra-musim Ferrari di Litar Barcelona-Catalunya pada Rabu.
Bagaimanapun, pelumba berusia 39 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan selepas hilang kawalan ke atas jentera Ferrari keluaran 2023 yang dikendalikannya.
Lewis Hamilton reportedly walked away unscathed from a crash on his second day with Ferrari.But the incident follows an interesting trend in the seven-time world champion's career 👀#F1 #LH44 https://t.co/9oEajHrdUF— Fox Motorsport (@Fox_Motorsport) January 29, 2025
Daripada pihak Ferrari pula, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan susulan kemalangan yang berlaku kerana melihat insiden seperti ini adalah satu perkara biasa.
Iklan
Tambahan pula, Hamilton kini masih dalam proses menyesuaikan diri dengan jentera pasukan itu selepas 12 tahun berkelana di bawah naungan Mercedes.
Settling in. pic.twitter.com/tONHUCL13d— Lewis Hamilton (@LewisHamilton) January 22, 2025
Dengan peraturan ketat dikenakan semasa ujian F1, Hamilton hanya dibenarkan memandu jentera keluaran 2023 kerana setiap pelumba dilarang menggunakan jentera terkini sebelum ujian rasmi pra-musim berlangsung.
Must-Watch Video