Delegasi dancesport Malaysia terus mengharumkan nama negara menerusi deretan pencapaian membanggakan -- dengan terbaru kejayaan meraih emas bersejarah dalam Terbuka Hong Kong.
Kejayaan ini sudah pasti diketuai 'Queen of Latin' -- Bernice Iu Weng Tong, yang berjaya menyambar tiga kilauan emas dalam kejohanan yang berlangsung dari 6 hingga 9 November lalu di Stadium Elizabeth, Wan Chai.
Bernice muncul atlet terbaik dalam kategori Solo Wanita Samba, Solo Wanita Paso Doble juga Solo Wanita Latin kategori ranking dunia.
Kelincahan Bernice dalam melakukan rutin latin tersebut meletakkan dia selaku penari terbaik daripada 15 negara bertanding dan semestinya menjadi atlet tumpuan dalam divisyen latin dalam kejohanan anjuran WDSF.
Selain Bernice, pasangan Ken Vin dan Zoe Tan turut mencipta sejarah apabila muncul satu-satunya pasangan Malaysia yang berjaya mara ke saingan separuh akhir dalam kejohanan WDSF bagi kategori terbuka latin.
Secara keseluruhan kem negara berjaya meraih empat emas, enam perak dan empat gangsa termasuk sumbangan pingat daripada acara remaja.
Terdahulu sebelum ke Hong Kong, kem negara turut berjaya mencipta impak positif dalam penyertaan dalam Terbuka Tashkent di Uzbekistan dan kejayaan berturut-turut ini jadi petanda bahawa skuad dancesport negara bakal menjadi kontinjen berpotensi besar untuk menyumbang pingat dalam temasya Sukan SEA Thailand yang bakal membuka tirai Disember ini.
Grab Cepat

PUMA SALE: Up to 50% Off
Dapatkan kasut, pakaian, dan aksesori Puma kegemaran korang dengan diskaun hebat 11.11 ini. Jangan tunggu lama — stok terhad!
Grab Cepat