Skip to main content

Sukan Lain

Lee Wei membara gilap bakat baru

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

beh-lee-wei.jpg
"Kembali demi pemain."

 Itu faktor utama jurulatih ping pong negara kelahiran Kedah, Beh Lee Wei, apabila kembali menerajui kem negara selepas hampir setahun diberhentikan Persatuan Ping Pong Malaysia (TTAM).

"Sebaik pertukaran presiden, TTAM mahu melahirkan lebih ramai pemain dan tingkatkan permainan.

"Selepas berbincang dengan keluarga selain faktor anak kini sudah berusia setahun lebih, saya bersetuju untuk kembali.

"Saya harap dapat tolong pemain, tingkatkan permainan kami dan membawa Malaysia pergi lebih jauh," katanya ketika ditemu bual wakil Astro Arena, Muiz Aziz.

Pada 2019, Majlis Sukan Negara (MSN) dan TTAM mengadakan pertemuan bagi menentukan kedudukan jurulatih kebangsaan berikutan skuad kebangsaan menerima khidmat ketua jurulatih baru dari China, Mu Tong.

Susulan itu, bekas pemain yang pernah memenangi pingat gangsa Sukan SEA 2013 berkenaan,  diberhentikan selepas beberapa minggu tidak kelihatan ketika sesi latihan dan menurut MSN, mereka telah menerima notis daripada TTAM ingin menamatkan kontrak jurulatih itu.

Bagaimanapun, Lee Wei kembali dengan misi dan niat baru bagi membantu skuad negara mengharungi Sukan SEA Vietnam 2021.

"Ashraf Haikal Rizal nampaknya ada perkembangan, tahun lalu dia dapat beraksi di luar negara, Ho Ying seperti biasa selain kehadiran beberapa pemain muda."
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video