Skip to main content

Bola Keranjang

LeBron James kecewa dengan budaya 'Cincin Kejuaraan'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

gettyimages-1230268892.jpg
LeBron James berpendapat bahawa adalah tidak masuk akal untuk menilai seorang pemain berdasarkan jumlah kejuaraan NBA yang berjaya diraih.

James merupakan juara NBA sebanyak empat kali dan juga telah dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) bagi NBA Finals sebanyak empat kali.

Untuk rekod, cincin kejuaraan terakhir yang dimenanginya adalah pada tahun 2020 bersama pasukan Los Angeles Lakers.

Namun begitu, pemain berusia 40 tahun yang kini memegang rekod sebagai penjaring mata terbanyak sepanjang zaman dalam NBA itu percaya bahawa ramai pemain hebat yang tidak pernah memenangi kejuaraan sering kali tidak diberikan pengiktirafan yang sepatutnya. Beliau mengkritik budaya 'cincin kejuaraan' yang wujud dalam NBA.

James menegaskan bahawa kejuaraan harus dilihat sebagai pencapaian sebuah pasukan secara keseluruhan.

"Saya cuma berharap kita dapat lebih menghargai apa yang telah dicapai oleh pemain-pemain, dan apa yang mereka mampu lakukan." katanya di sebuah podcast.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video