NBA
LeBron, Davis akan turun dalam perlawanan pramusim Lakers
Dua bintang Los Angeles Lakers, LeBron James dan Anthony Davis, akan turun ke gelanggang buat kali pertama dalam perlawanan pramusim pasukan itu malam ini.
James dan Davis tidak beraksi dalam dua perlawanan pramusim menentang seteru, Los Angeles Clippers, selepas membantu Lakers memenangi gelaran NBA pada Oktober lalu, yang merupakan kejuaraan pertama mereka sejak 10 tahun lalu.
Bagaimanapun, ketua jurulatih, Frank Vogel, mengesahkan kedua-dua pemain itu akan diturunkan untuk menghadapi Phoenix Suns malam ini.
Iklan
"Saya merancang untuk menurunkan AD dan LeBron dalam beberapa minit separuh masa pertama tetapi ia hanya untuk mereka mendapatkan kecergasan," kata Vogel kepada wartawan.
Lakers akan memulakan misi mempertahankan kejuaraan mereka dengan menentang Clippers kendalian Kawhi Leonard pada 22 Disember ini dan Vogel menambah: "Saya hanya mahu melihat mereka diturunkan untuk mendapatkan rentak permainan. Untuk lebih selesa dengan beberapa rakan sepasukan baru dan mencuba menguji mereka sedikit.
"Kami mencuba untuk memantau jumlah latihan mereka setiap hari selepas waktu rehat paling singkat dalam sejarah dan ia tidak akan berubah dalam dua perlawanan pramusim selepas ini.".
James dan Davis menandatangani kontrak lanjutan selepas membantu Lakers menamatkan penantian kejuaraan mereka musim lalu.
First flight of the season ? pic.twitter.com/iQfUt2pGzt— Los Angeles Lakers (@Lakers) December 16, 2020
Must-Watch Video