Skip to main content

Hoki

Layak ke final Piala Dunia 5s: Apa ganjaran untuk Speedy Tigers?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hoki-5s.jpg
Susulan kejayaan Skuad 5s lelaki negara melakar sejarah mara ke perlawanan akhir Piala Dunia Hoki 5s 2024 selepas berjaya menumpaskan Poland 4-3 dalam separuh akhir, ia merupakan detik paling bermakna dalam kalendar sukan negara tahun ini.

Timbul juga persoalan adakah kemenangan tersebut diperoleh bersandarkan kepada terdapatnya beberapa pemain yang dibawa dari skuad hoki padang ke skuad hoki 5s bagi menguatkan lagi jentera serangan Malaysia.

Hanya dengan penampilan sulung, kita telah berjaya mara sejauh ini, maka berapakah nilai setimpal untuk menghargai penat lelah mereka?

Jika sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pernah menghadiahkan RM5 juta sebagai penghargaan terhadap Harimau Malaya, kini apakah nilai yang wajar diberikan kepada skuad hoki 5s negara yang mencatat rekod sulung gemilang di pentas dunia.

Skuad hoki 5s lelaki negara akan bertemu Belanda di pentas final awal pagi esok.
 

Advertisement

Must Watch Video