HOKI
Lawan dari Asia sentiasa sukar - Thijssen
Pengendali skuad hoki wanita Belgium, Niels Thijssen menganggap Malaysia adalah lawan yang sukar biarpun pasukannya memiliki kelebihan di atas kertas menjelang pertemuan Liga Hoki Dunia di Brussels, malam ini.
Corak permainan skuad negara agak berbeza berbanding pasukan dari Eropah dan Thijssen dapat merasakan skuad kendalian Muhammad Dhaarma Raj Abdullah itu masih belum menunjukkan aksi sebenar biarpun telah mencatat dua kekalahan sebelum ini.
“Ia pasti pertemuan yang sukar buat kami dan itu dilihat ketika perlawanan di antara Sepanyol dan Malaysia,” kata Thijssen.
Iklan
Thijssen juga mengakui tugas beratnya kerana Belgium merupakan tuan rumah untuk edisi kali ini.
“Ini adalah kejohanan senior pertama saya walaupun telah beberapa tahun mengendalikan skuad hoki wanita Belgium,” katanya.
Must-Watch Video