Skip to main content

Sukan Asia

Larian obor tiba di Jakarta esok

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

obor.jpg
Larian obor Sukan Asia 2018 bakal tiba di Jakarta esok dan akan melalui lima tempat sebelum menamatkannya di Stadium Gelora Bung Karno pada malam perasmian, Sabtu ini.

Seramai 25,000 pelajar akan melalui laluan yang akan dikhaskan untuk majlis penyerahan obor kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo, dan ia turut melibatkan seramai 17 atlet legenda Indonesia seperti Rudy Hartono dan Ricky Subagja (badminton) dan Umar Syarif daripada sukan karate.

"Kami menerima maklum balas daripada orang ramai, di mana berjuta-juta rakyat yang menantikan detik perasmian itu. Kami juga memiliki kreativiti selain daripada larian, antaranya seperti terjunan payung terjun dan beberapa pahlawan di sesetengah tempat.

"Kami juga melibatkan motosikal, bot besar, basikal serta pelbagai idea yang tidak pernah difikirkan," kata Pengerusi Dua Jawatankuasa Pengurusan Sukan Asia, Francis Fanandi.
 

Advertisement

Must Watch Video