Skip to main content

Sukan Lain

Larian Obor KL2017 babitkan personaliti Astro Arena

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

larian-obor-kl2017.jpg
100 PLUS sebagai minuman isotonik nombor satu Malaysia sinonim dengan arena sukan tanah air, begitu juga sebaliknya. 

Larian Obor Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) 100 PLUS di Shah Alam hari ini membawa erti lebih besar daripada sekadar meningkatkan kesedaran terhadap jenama itu. 

Seperti reputasi mereka, 100 PLUS mahu seiring dalam membantu menghangatkan kempen KL2017 dan lebih simbolik, melihat sasaran awal kontinjen negara untuk meraih lebih 100 pingat emas menjadi realiti. 

"Kami sangat gembira menjadi sebuah jenama yang mewakili aspirasi negara dalam Sukan SEA. 

"Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, juga sangat berharap kita meraih sasaran memungut lebih 100 pingat emas," ujar Ketua Pegawai Eksekutif F&N Holdings Bhd, Lim Yew Hoe. 

Larian Obor KL2017 kini menuju beberapa destinasi terakhir dan paling menarik, beberapa lokasi turut membabitkan personaliti Astro Arena. 

Berbaki dua minggu sahaja lagi untuk Sukan SEA membuka tirai, sudah tentu ia kini menjadi sebutan dan amat dinantikan. 

Ia telah menjelajah seluruh negara termasuk menerokai beberapa kawasan tumpuan serta bersejarah sebelum ini. 

Bagaimanapun, wujud kelainan dalam acara hari ini yang berlangsung di Kota Damansara dengan penggiat media tempatan diberi kesempatan untuk membawa obor berkenaan. 

Personaliti Astro Arena adalah antara yang mendapat peluang itu dan nyata ia pengalaman yang sukar dilupakan. 

Larian obor sejauh 6.2 kilometer itu bermula di McDonald's Kota Damansara dan berakhir di Petronas Mutiara Damansara. 

"Ini satu penghargaan kepada saya sebagai bekas atlet di mana penghormatan diberikan bersama-sama Astro Arena untuk memeriahkan Larian Obor KL2017. 

"Sambutan begitu meriah dalam kalangan penduduk Damansara bersama selebriti dan pemberita daripada stesen televisyen yang lain.

"Ia satu penghormatan kepada kami semua," kata pemerhati bola sepak, Hasnizam Uzir. 

Bersempena dengan KL 2017, produk 100 PLUS termasuk variasi Active turut berwajah baru apabila memberikan peluang untuk rakyat Malaysia memiliki sebahagian daripada memoribilia temasya ini. 

 

Advertisement

Must Watch Video