Skip to main content

Sukan Lain

Larian Milo Malaysia Breakfast Day terima sambutan hangat di Pahang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

larian-mila-breakfast.jpg
Dulu, kini dan selamanya. Larian Milo Malaysia Breakfast Day menerima sambutan hangat di Kuantan, Pahang hari ini.

Selepas kejayaan di Pulau Pinang, Johor Bahru dan Putrajaya, penyertaan di Pahang menyaksikan lebih 12,000 perserta menyertai larian sejauh 3 kilometer itu bersempena ulang tahun ke-75 Milo Malaysia.

Pelbagai aktiviti turut disediakan, termasuk senaman zumba dan permainan menarik.

Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, yang ditemui selepas merasmikan acara berkenaan, berkata: "Saya daripada kecil sehingga kini masih minum Milo setiap pagi, jadi saya harap anda akan teruskan usaha anda seperti van Milo di sekolah.

"Kerana itulah yang kami semua kenangkan tentang Milo. Sewaktu di sekolah, kami tidak sabar melihat van Milo dan akan beratur untuk mendapatkan Milo.

"Kerana ia bagus untuk anda dan rasanya juga sedap. Saya minum Milo tanpa susu dan gula."

 

Advertisement

Must Watch Video