ONE FC
Lain semua boleh pergi mampus! -- Johan Ghazali
Jaguh muay thai negara, Johan Ghazali Zulfikar, menjawab kepada segelintir peminat yang melontarkan kata-kata negatif terhadapnya selepas kekalahan kedua dalam saingan ONE Championship 170 di Impact Arena, Bangkok, Thailand, baru-baru ini.
Perkara itu tidak disenangi atlet kelahiran Sarawak itu yang jelas memerli semula pandangan tersebut dengan memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya.
"Selepas saya berlawan tempoh hari, saya baru sedar yang Malaysia mempunyai pakar dalam sukan ini.
Iklan
"Minta maaf kepada semua 'coach' media sosial yang tidak berpuas hati dengan saya.
"Selepas ini, saya berlatih dengan kalian sahaja," ujarnya.
Johan Ghazali atau lebih dikenali sebagai Jojo itu tewas buat kali kedua kepada Nguyen Tran Duy Nhat dan terbaru kepada Johan Estupinan dari Columbia dalam aksi tinju tersebut.
Namun, mengenali sosok tubuh jiwa pendekar itu, Jojo tidak cepat berputus asa dan patah semangat, sebaliknya akan kembali lebih kuat untuk terus mengibarkan Jalur Gemilang di pentas dunia.
"Paling penting, Jojo ingin mengucapkan terima kasih kepada penyokong Jojo.
"Mereka sentiasa menjadi motivasi kepada Jojo dan Jojo sangat bersyukur.
"Kadang-kadang Jojo terlalu fokus kepada perkara negatif sehingga terlupa apa yang Jojo sudah ada.
"Demi peminat, Jojo akan bangkit. Semua boleh pergi mampus!," tambahnya.
Must-Watch Video