Skip to main content

Sukan Lain

La Vuelta tetap tamat di Madrid, penganjur enggan ubah laluan!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

la-vuelta-espana.jpg
Penganjur Vuelta a España menegaskan perlumbaan berbasikal itu akan tetap menutup tirai di madrid ahad ini seperti dijadualkan, meskipun beberapa peringkat sebelum ini diberi perhatian oleh demonstrasi solidariti terhadap Palestin.

Pada peringkat ke-16, laluan asal terpaksa dipendekkan sejauh 8 kilometer berikutan bantahan di laluan perlumbaan. Pelumba Colombia, Egan Bernal muncul juara peringkat tersebut.

Sebelum ini, peringkat ke-11 juga tidak dapat ditamatkan seperti biasa selepas situasi sama berlaku. Walaupun pengarah perlumbaan, Javier Guillen, menyifatkan insiden itu mengganggu kelancaran saingan, beliau menegaskan acara tetap diteruskan mengikut jadual.

Guillen turut menegaskan tiada pelan gantian untuk penamat di Madrid. Edisi 2025 dijadualkan menutup tirai dengan peringkat sejauh 101 kilometer dari Alalpardo ke Madrid pada 14 september.
 
Supplement

Tenaga Untuk Kekal Sihat

Bantu tingkatkan daya tahan & fokus supaya sentiasa berada di prestasi terbaik.


Beli Sekarang

Advertisement

Must Watch Video