Skip to main content

Tenis

Kvitova teruja dengan kejayaan di Aegon Classic

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

petrakvitova-cropped_1ks3rjrxm1vjhzy7caegn8l2k.jpg
Petra Kvitova teruja dengan kejayaannya menjuarai Aegon Classic, kejuaraan pertamanya sejak mengalami kecederaan ekoran satu serangan bersenjata.

Juara Wimbledon dua kali itu mengalami kecederaan di bahagian lengan selepas diserang seorang individu yang mencerobohi rumahnya, Disember lalu.

Dalam hanya kejohanan keduanya, Kvitova menewaskan Ashleigh Barty 4-6, 6-3, 6-2 dalam aksi final di Birmingham.

"Saya tidak menjangkakan mampu kembali bangkit dengan kejayaan. Dalam hanya kejohanan kedua, saya berjaya meraih trofi," kata Kvitova.

"Inilah sebabnya mengapa saya berjuang untuk kembali memegang raket tenis. Kerana itulah, saya masih mampu memotivasikan diri untuk merangkul kejuaraan seperti ini di Birmingham."

Kejayaan itu menandakan kejuaraan ke-20 WTA buat Kvitova, yang membuktikan dia kini berada dalam landasan terbaik menjelang saingan Wimbledon.

Pemain berusia 27 tahun itu berkata dia kini sudah bersedia untuk bertanding di All England Club -- di mana dia muncul juara pada 2011 dan 2014.

"Saya gembira kerana mampu kembali. Saya tidak kisah jika gagal merangkul kejuaraan. Yang penting, saya dapat kembali beraksi di Wimbledon," tambahnya.

"Saya tidak menyangka mampu beraksi di Roland Garros dan seterusnya di Birmingham. Ini adalah persiapan terbaik saya sebelum bertanding di Wimbledon.

"Ketika ini saya melihat tenis daripada sudut yang berbeza dan saya berharap ia akan terus kekal begitu."

Advertisement

Must Watch Video