NSL
Kuasai kemahiran dan gapai impian dengan sertai Klinik NSL!
Dapatkan bimbingan eksklusif serta peluang bertemu idola & beraksi secara langsung di Arena NSL.
Buat ibu-bapa yang masih belum ada rancangan untuk mengisi masa lapang anak-anak anda pada cuti sekolah ini boleh menyertai Klinik Netball Super League (NSL) yang akan diadakan di tiga lokasi terpilih iaitu di Sports Arena@Uniten (25 Januari 2025), Kompleks Bola Jaring, Che’ Puan Khaleeda Johor (5 Februari 2025) dan Stadium Juara, Bukit Kiara (15 Februari 2025) nanti.
Klinik NSL ini dibuka kepada semua generasi muda tidak kira lelaki dan wanita berumur 13 sehingga 17 tahun untuk mempelajari asas dan kemahiran bola jaring serta berpeluang beramah mesra dengan pemain bintang NSL yang juga merupakan pemain profesional negara.
Selain memenangi barang-barang eksklusif NSL, peserta yang hadir juga berpeluang mendapat tiket percuma untuk menyaksikan kehangatan dan saingan STL yang berprestij ini, sementara peserta terbaik yang dipilih akan beraksi di dalam gelanggang sebenar NSL yang akan disiarkan secara langsung.
Menurut Ketua Bahagian Sukan Astro, Nicholas John, “Astro meneruskan kesinambungan dalam memperkasakan pembanggunan akar umbi dengan Klinik NSL selepas penganjuran Klinik Sepak Takraw League (Klinik STL) yang diadakan sebelum ini.
"Klinik NSL buat pertama kali akan dibuka penyertaannya dan diadakan diluar Lembah Klang kepada pelajar dan generasi muda untuk memupuk semangat mereka untuk aktif dalam sukan bola jaring.
"Pemilihan negeri Johor pula memandangkan Johor Jewels adalah juara bertahan NSL selain menyokong pembangunan bola jaring di negeri Johor.” katanya.
Jelasnya lagi, Klinik NSL yang mendapat sokongan daripada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPM) ini turut akan diadakan di sekolah terpilih bagi menghangatkan lagi bahang kejohanan NSL musim keempat yang akan membuka saingan pada 1 hingga Februari 2025.
Imbas kod QR di bawah atau tekan link di sini untuk pendaftaran!