Kualiti dipertikai, atlet pulang semula pingat Sukan Olimpik Paris 2024
Najmi Iman
Januari 15, 2025 08:57 MYT
Januari 15, 2025 08:57 MYT
Baru beberapa bulan berlalu, lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris terpaksa dikembalikan semula akibat kerosakan yang berlaku pada permukaan yang semakin lusuh.
Kemerosotan yang ketara membuatkan setiap atlet tertanya-tanya dengan kondisi serta mempersoalkan ketulenan pingat itu.
Pemain papan selaju Amerika Syarikat, Nyjah Huston, memuat naik gambar pingatnya, hanya beberapa hari selepas memperoleh gangsa dalam perlawanan akhir yang kompetitif di ibu negara Perancis itu.
Ternyata dia bukan satu-satunya atlet yang menyedari kemerosotan pingatnya.
Olympic Medal Quality in Question After Hundreds Cite Damage; IOC Vows to Provide Replacements - https://t.co/guNdZOjy4k pic.twitter.com/3lPTZs0lgD
— Swimming World (@SwimmingWorld) January 14, 2025
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pemain badminton Denmark, Viktor Axelsen, menunjukkan pingat emas yang dimenanginya di Paris 2024 dan membandingkannya dengan keadaan emas yang dimenanginya di Tokyo 2020, dengan pingat yang lebih lama kelihatan jauh lebih bersinar.
Rebeca Andrade, yang menewaskan Simone Biles untuk memenangi emas di final gimnastik lantai, mengelak daripada memakai pingatnya.
Lima bulan kemudian dan laporan daripada penerbitan Perancis La Lettre telah mendakwa bahawa lebih 100 atlet telah memulangkan pingat mereka, yang dihasilkan oleh Monnaie de Paris (Paris Mint).
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) juga mengesahkan bahawa pingat yang rosak akan digantikan secara sistematik oleh Monnaie de Paris dan diukir dengan cara yang sama daripada pingat asal.