Skip to main content

Sukan Lain

Kuala Terengganu juara keseluruhan SUTERA 2019

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

img_0164.jpeg
Daerah Kuala Terengganu berada dalam kelas tersendiri untuk muncul juara keseluruhan Sukan Terengganu (SUTERA) edisi pertama yang melabuhkan tirainya, malam tadi.

Kutipan 34 pingat emas, 15 perak dan 18 gangsa membuktikan kejaguhan kontinjen Kuala Terengganu untuk membawa pulang piala iringan dan wang tunai RM70,000.

Naib johan menjadi milik Kuala Nerus yang memenangi 19 pingat emas, 17 perak dan 21 gangsa sekaligus terpaksa berpuas hati dengan piala iringan serta RM45,000.

Abdul Wafiy Roslan yang mewakili Kuala Terengganu dalam sukan olahraga pula dipilih selaku Olahragawan selepas menuai emas acara 200m, 400m, 4x100m dan 4x400m.

Kontinjen Kuala Terengganu diceriakan lagi apabila Ezzatie Fifiyana Shazwanie Hisham diumumkan pula sebagai Olahragawati kejohanan.

Atlet berbasikal itu menggondol pingat emas dalam acara 500m ujian masa, lepas beramai-ramai individu dan kriterium.

Abdul Wafiy dan Ezzatie masing-masing menerima piala iringan serta hadiah kemenangan RM1,000.

Penganjuran SUTERA 2019 melibatkan penglibatan lapan daerah seluruh negeri serta kontinjen jemputan, Kelantan, yang berentap dalam 13 jenis sukan.

Advertisement

Must Watch Video