Skip to main content

Sukan Lain

Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon jadi tumpuan peserta tempatan mahupun luar negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

rainer-biemans.jpg
Pengarah projek Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2023, Rainer Biemans, memaklumkan segala persiapan berjalan lancar seperti yang diharapkan menjelang perlumbaan esok. 

Jelasnya, persiapan kini sudah berada dalam fasa terakhir dan dijangka lengkap sepenuhnya hari ini bagi menerima 40,000 penyertaan peserta dari dalam dan luar negara.

Rainer mengakui penganjur serta semua pihak yang terlibat berusaha sehabis baik untuk terus menjadikan KLSCM sebagai antara kejohanan larian berprestij.

Dalam perkembangan sama, semua peserta menasihati agar mendapatkan maklumat terkini di semua pelantar rasmi klscm atau boleh layari laman web rasmi www.kl-marathon.com

Untuk rekod, KLSCM 2023 yang bakal memasuki edisi ke-15 tahun ini dijadualkan berlangsung sepanjang hujung minggu ini dengan beberapa kategori dipertandingkan antaranya 10km Corporate Challenge serta 1km Kids Dash manakala acara tumpuan pada Ahad ialah 'full marathon' sejauh 42.195km. 

 

Advertisement

Must Watch Video