RAGBI
KRM tagih semula sentuhan Nik Safuan Ismade
Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) hari ini mengumumkan pelantikan Nik Safuan Ismade Nik Man selaku ketua jurulatih baru pasukan ragbi lelaki 7's kebangsaan.
Nik Safuan Ismade, 42, merupakan bekas tonggak ragbi kebangsaan dari tahun 2003 hingga 2011.
Dia memulakan karier kejurulatihan selaku penolong jurulatih pasukan lelaki 15's B-23 pada 2012 dalam Kejohanan Causeway Challenge Shield dan penolong jurulatih pasukan 7's lelaki bagi Kejohanan Siri HBSC 7's pada 2013 dan 2014.
.
Dia kemudian dilantik sebagai ketua jurulatih lelaki 7's pada 2015 sebelum membimbing skuad wanita 7's kebangsaan bermula 2016.
Iklan
Selaku bekas pengendali pasukan kebangsaan, antara kejayaan yang dikecapinya ialah meraih pingat perak Sukan SEA 2015 bersama pasukan lelaki, pingat gangsa Sukan SEA 2017 dan 2019 bagi pasukan wanita serta kejuaraan Trofi Wanita Asia 2018.
Pemilihan ini dibuat selepas Mesyuarat Exco KRM bersama bahagian kejurulatihan dan prestasi tinggi KRM yang melakukan penilaian menyeluruh.
Nik Safuan Ismade akan memulakan tugas selaku ketua jurulatih kebangsaan bagi persiapan dan persediaan bunga raya 7's sempena menghadapi Sukan Asia Hangzhou, China, bulan depan.
Must-Watch Video