Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) secara rasmi menetapkan sasaran mara ke perlawanan akhir buat skuad Bunga Raya 7s di temasya Sukan SEA Thailand pada Disember ini.
Timbalan Presiden KRM, Azmir Zainul Abidin, menegaskan sasaran berkenaan adalah realistik berdasarkan perkembangan semasa skuad bimbingan Nik Safuan Ismade itu.
Untuk rekod, Malaysia meraih pingat perak ketika kejohanan ragbi kali terakhir dipertandingkan di temasya dwi-tahunan itu iaitu di Filipina pada 2019.
"Berdasarkan rekod sebelum ini untuk lelaki adalah ke final, sama ada pingat emas atau tidak bergantung nanti. Kami sasarkan final untuk pasukan lelaki dan berada dalam kelompok tiga terbaik bagi skuad wanita," kata
Terdahulu, berlangsungnya Majlis Menandatangani Perjanjian antara KRM dan pengeluar produk nutrisi sukan di Semenyih itu hari ini.
Selain menjimatkan kos perbelanjaan pasukan, penajaan ini juga pastinya memberikan impak positif terhadap tahap nutrisi dan prestasi pemain negara.
"Untuk Sukan SEA ini kita tahu hanya Filipina guna pemain naturalisasi, saya tidak jadikan itu beban.
"Sasaran Utama adalah Thailand dimana dia telah jalani latihan selama dua tahun tanpa henti, kejohanan sebelum ini kita berada di bawah Thailand. Saya rasa kita boleh buat kejutan." tambah jurulatih, Nik Safuan Ismade.