Gara-gara penundaan Kejohanan Ragbi Asia Mei ini, Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) mengambil keputusan melanjutkan kontrak jurulatih 15 sepasukan, Rodney So'oialo, yang sepatutnya berakhir bulan depan.
Menerusi laporan yang disediakan wartawan Astro Arena, Adam Zamri, penyambungan kontrak mampu memberi ruang buat bekas pemain New Zealand All Blacks itu dalam usaha mengekalkan skuad Bunga Raya dalam saingan Premier.
Rodney, bekas pemain All Blacks dibawa masuk September tahun lalu untuk membimbing skuad negara menghadapi kempen Kejohanan Ragbi Asia.
Bagaimanapun, saingan yang sepatutnya berlangsung dalam format timbal balik, bemula pada 31 Januari di Hong Kong dan kemudiannya Korea Selatan pada 2 Februari ditunda oleh pihak Ragbi Asia.
Setakat ini, tarikh baru dicadangkan adalah pada Mei, namun belum ada ketetapan sama ada ia akan kekal dengan format timbal balik atau dijalankan di satu venue berpusat sahaja.
Sementara itu, KRM juga menandatangani memorandum persefahaman bersama Kuckreja & Co dalam penyediaan peralatan sukan bermutu tinggi untuk melaksanakan program di bawah kelolaan KRM.
Ini juga adalah tahun keempat kedua pihak menjalin usahasama.