Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mahu memastikan pelajar pelajar sekolah memiliki keseimbangan terhadap pencapaian akademik dan sukan serta bidang kokurikulum dalam memperkasa pembangunan murid secara holistik serta membentuk sahsiah, disiplin dan daya kepimpinan.
Timbalan Menteri KPM, Wong Kah Woh menjelaskan keseimbanngan ini penting terutama sukan yang membuka ruang kepada para pelajar untuk mempamer bakat terpendam.
Ia menerusi penganjuran sukan berkonsepkan liga seperti Liga Sukan KPM dilihat sebagai langkah terbaik dan dilihat berkesan sebagai medan pembangunan bakat sukan secara berstruktur
“Ini merupakan sebahagian daripada usaha KPM untuk memastikan anak anak kita bukan sahaja kuat dari segi akademik tetapi juga adalah seimbang dan mempunyai pentas untuk mempamerkan dan membuktikan kehebatan dan juga bakat masing masing dalam bidang sukan dan bidang kokurikulum,”kata Wong Kah Woh.
Liga Sukan KPM dianjurkan susulan perlaksanaan Liga Bolasepak KPM yang merangkumi Liga Piala Menteri Pendidikan Bawah 14 Tahun dan Liga Piala Remaja KPM-FAM B-17 oleh Bahagian Sukan Kokurikulum dan Kesenian (BSKK) sejak 2008.
KPM memperluaskan penganjuran ke sukan lain seperti Grand Prix Sepak takraw pada 2011 dan Liga Juara Remaja Bola Jaring KPM B-14 pada 2012.
Bagi edisi 2025 Liga Sukan KPM diteruskan dengan membabitkan tiga jenis sukan utama - bola jaring, sepak takraw dan olahraga yang menghimpunkan murid dari Sekolah Sukan Malaysia (SSM) dan Pusat Latihan Daerah (PLD) di seluruh negara.
Sirkit pertama liga bermula dari 25 hingga 27 April lalu di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Bandar Penawar, Johor sebagai pengelola.
Ia diikuti sirkit kedua di Sekolah Sukan Malaysia Terengganu dari 11 hingga 13 Julai, membabitkan tiga venue utama - Dewan Arena Tertutup Gong Badak, Sekolah Sukan Malaysia Terengganu dan Stadium Ragbi Tengku Muhammad Ismail.
Sirkit ketiga yang juga pusingan akhir, telah berlangsung dari 28 hingga 30 Oktober laludan berlangsung di Universiti Putra Malaysia dan Universiti Tenaga Nasional sebagai venue utama.
Tambah Wong lagi, penglibatan syarikat swasta juga perlu untuk bersama sama dalam membantu dan bersama sama dengan KPM untuk menjayakan program ini.
“Saya mengambil kesempatan ini untuk untuk menyampaikan penghargaan dan terima kasih. Dan juga bagi pihak KPM terhadap sokongan daripada rakan strategik kita khasnya100PLUS yang telah pun memberi sokongan kepada kita dalam menjayakan aktiviti dan juga program ini,” katanya lagi
Penganjuran Liga Sukan KPM turut mendapat kerjasama erat daripada persatuan sukan kebangsaan yang berkaitan.
Komitmen rasmi diterima daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM), Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Olahraga Malaysia (OM) dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Nike BIG Discount
Diskaun 40% dan ke atas untuk kasut Nike! Masa terhad, cepat dapatkan sekarang!
Grab Cepat