Skip to main content

Permotoran

Kos perbelanjaan musim pertama tidak melebihi RM5 Juta -- Kevin Ramalingam

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

thumb-jdt-racing.jpg
Ketua Pemasaran Johor Darul Ta'zim (JDT), Kevin Ramalingam menyatakan dalam sidang media JDT Racing Team sebentar tadi bahawa anggaran kos perbelanjaan pada musim pertama tidak melebihi RM5 juta.
 
Kevin juga menyampaikan hasrat agar penaja-penaja JDT dalam sukan bola sepak turut mendapat kepercayaan bagi pasukan JDT Racing Team sekaligus dapat mengurangkan kos perbelanjaan.

JDT Racing Team bakal menggunakan jentera Ducati Panigale V4R yang akan ditunggangi oleh bekas pelumba MotoGP, Hafiz Syahrin Abdullah.
 
Jentera Hafiz bakal dikerah dan dipantau oleh dua mekanik khas daripada pasukan Ducati Racing Team, Loris Caroli dan Edoardo Argemagni.

JDT Racing Team bakal memulakan kempen Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) musim 2024 di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand pada 15 hingga 17 Mac.

Advertisement

Must Watch Video