Korban masa demi latihan -- Jonah Chang lupakan Hari Natal bersama keluarga untuk persiapan 2025

Najmi Iman
Disember 25, 2024 19:21 MYT
Tidak dinafikan, Jonah Chang merupakan antara atlet negara yang paling konsisten sepanjang tahun 2024.
Berdasarkan prestasi semasanya, atlet berusia 21 tahun itu berjaya memperbaharui rekod kebangsaan miliknya sendiri sebanyak empat kali.
Sejak berada di bawah program latihan jurulatih, Frantisek Petrovic, atlet kelahiran Sarawak itu semakin berkembang dan mempersembahkan peningkatan ketara dalam setiap kejohanan yang disertainya.
Atas sebab-sebab tersebut, Jonah mengambil langkah drastik untuk tidak menyambut perayaan sambutan Hari Natal.
"Tahun ini, ia merupakan kali pertama saya tidak pulang ke kampung halaman untuk sambutan Hari Natal.
"Sedikit sedih tetapi tidak mengapa kerana bakal menyertai kejohanan yang akan berlangsung tidak lama lagi.
"Saya mengorbankan masa untuk berlatih.
"Yang paling saya rindu semasa Hari Natal ialah menyambut bersama keluarga di rumah panjang mengikuti gaya Sarawak.
"Kali ini, walaupun secara maya melakukan panggilan video bersama keluarga, air mata saya tetap menitik," luahnya di Nadi Arena.
#Lontar Peluru #jonah chang #Hari Natal
;