Olahraga Malaysia (MA) memutuskan untuk tidak menyambung kontrak khidmat Pengarah Teknikalnya, Robert Ballard yang sepatutnya bakal berakhir pada 31 Julai ini.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu, tindakan tersebut diambil berdasarkan kekangan kewangan dana peruntukan daripada pihak kerajaan dan penajaan swasta.
Bagaimanapun pihak MA amat berterima kasih dengan segala jasa yang pernah diberikan oleh Ballard sepanjang penglibatan beliau dalam membentuk kemajuan prestasi atlet olahraga negara sejak 2023.
“Beliau telah memberikan sumbangan yang signifikan dalam pembangunan dan peningkatan prestasi atlet negara sepanjang tempoh dua tahun ini.
“Kami berterima kasih atas sumbangan, dedikasi serta komitmen Ballard sepanjang bersama MA. Kami juga mendoakan agar Ballard terus maju jaya dalam apa jua bidang yang akan diceburi selepas ini,” kata badan itu pada Rabu.