Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menanti keputusan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) berkenaan keputusan memperbaharui kontrak penganjuran MotoGP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang akan berakhir tahun hadapan.
Jelas menterinya, Hannah Yeoh, KBS bersetuju untuk melanjutkan kontrak Grand Prix (GP) Malaysia, namun pihaknya perlu mengemukakan maklumat terperinci kepada MOF termasuk bagaimana penganjuran perlumbaan berprestij itu mampu menjana pertumbuhan ekonomi negara.
Hannah turut mengesahkan telah mengadakan pertemuan dengan penganjur MotoGP, Dorna Sport, bagi membincangkan hala tuju penganjuran kejohanan berkenaan.
MotoGP Malaysia yang berlangsung minggu lalu telah mencatatkan kehadiran lebih 190,977 pengunjung sepanjang tiga hari penganjuran.
"Saya telah mengadakan pertemuan dengan Dorna Sport, dan telah menyatakan hasrat kerajaan untuk memperbaharui kontrak.
"Tetapi MOF secara lazimnya menginginkan data supaya dapat meyakinkan mereka bahawa perbelanjaan tidak membazir dan mendatangkan pulangan ekonomi.
"Seperti kita sedia maklum, penganjuran MotoGP menghasilkan peluang pekerjaan, dan pembelian tiket juga memberangsangkan.
"Saya berharap kita boleh melanjutkan kontrak. Jika tidak, SIC tidak akan ada penganjuran berprestij peringkat antarabangsa," katanya di Nadi Arena.

Arai Helmet 100% Original
Arai VZ-Ram RSW Trico menawarkan perlindungan penuh, kestabilan aerodinamik & pengudaraan optimum — kombinasi sempurna untuk setiap penunggang.
Dapatkan Sekarang