Skip to main content

Sukan

Kontinjen UTM Perintis Kejayaan TVET Terapi: Universiti pertama sertai Pertandingan Seni Terapi Malaysia 2025

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hada.jpg
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sekali lagi mencipta sejarah apabila menghantar kontinjen pelajar untuk menyertai pertandingan seni terapi Malaysia 2025 di Persada Johor.

Penyertaan ini menjadikan UTM universiti pertama di Malaysia yang menghantar pasukan rasmi dalam pertandingan seni terapi, sekali gus mengangkat TVET terapi ke pentas kebangsaan. Langkah ini selari dengan usaha universiti memperkasakan pendidikan berasaskan kemahiran dan inovasi penyelesaian lestari.

Kepentingan mempelajari kemahiran bukan sahaja terletak pada pencapaian akademik, tetapi juga kepada nilai tambah yang membina masa depan pelajar. Dalam dunia pekerjaan masa kini, majikan bukan sekadar mencari calon berkelulusan tinggi, tetapi mereka yang memiliki kemahiran praktikal, kreativiti, serta kebolehan menyesuaikan diri dengan cabaran industri.

TVET (Technical and Vocational Education and Training) merupakan platform terbaik bagi pelajar untuk menguasai kemahiran tangan seperti terapi urutan, rehabilitasi, serta rawatan kesihatan alternatif. Kemahiran ini bukan sahaja boleh diaplikasikan dalam bidang kerjaya profesional, malah membuka peluang keusahawanan yang luas.

UTM melalui kontinjen terapi ini telah menunjukkan bahawa mahasiswa boleh melangkaui sempadan tradisi akademik. Selain meningkatkan daya saing, penguasaan kemahiran juga memberi keyakinan diri kepada pelajar. Mereka bukan sahaja belajar secara teori, tetapi juga mempraktikkan ilmu melalui pertandingan, kajian saintifik, dan pengalaman lapangan. Inilah yang membezakan graduan berkemahiran daripada graduan biasa—mereka lebih bersedia untuk menghadapi realiti dunia pekerjaan.

Pertandingan seni terapi seperti ini juga menjadi wadah untuk pelajar mengasah bakat dalam suasana kompetitif dan profesional. Pendedahan kepada pertandingan antarabangsa akan membuka minda mereka tentang standard kemahiran global. UTM dengan optimis menghantar kontinjen menunjukkan keyakinan bahawa pelajarnya mampu bersaing dengan terapis professional dan berpengalaman.

Kemahiran terapi bukan sekadar berkaitan dengan kesihatan fizikal, tetapi juga menyentuh aspek kesejahteraan mental dan emosi. Pada era moden ini, isu tekanan dan kesihatan mental semakin meningkat, justeru kehadiran ahli terapi bertauliah sangat diperlukan. Pelajar yang menguasai bidang ini akan menjadi aset penting dalam membantu masyarakat mencapai rejuvenasi holistik dan kesejahteraan menyeluruh.

Dari sudut pembangunan negara, penguasaan kemahiran oleh generasi muda menyokong agenda Malaysia Madani yang menekankan keseimbangan antara ilmu, teknologi, dan kemahiran praktikal. Pelajar UTM yang terdiri dari pelbagai bidang dan terlibat dalam pertandingan ini bukan sahaja mengharumkan nama universiti, malah memperlihatkan bahawa institusi pendidikan tinggi boleh menjadi peneraju dalam membangunkan tenaga kerja berkemahiran tinggi.

Kesimpulannya, penyertaan UTM dalam Pertandingan Seni Terapi Malaysia 2025 adalah bukti nyata bahawa kemahiran adalah kunci masa depan. Pelajar harus melihat kemahiran sebagai pelengkap kepada akademik, bukan pilihan kedua.

Dengan gabungan ilmu teori dan praktikal, mereka akan muncul sebagai graduan serba boleh yang bersedia memimpin dunia industri, kesihatan, dan masyarakat. Akhir kata, UTM sanjungan bangsa, Kerana Tuhan Untuk Manusia
Supplement

Kekal Bertenaga, Kekal Sihat!

Berocca Orange Effervescent Tablets bantu menyokong sistem imun untuk gaya hidup aktif — sama ada bersukan, bekerja, atau beriadah setiap hari.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video