Konsert: Tiada kerosakan pada permukaan Stadium Hoki Nasional -- Hannah Yeoh

Saufi Tahir
November 27, 2024 20:18 MYT
Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh, dalam sidang parlimen hari ini menjelaskan tiada kerosakan yang berlaku pada permukaan Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, walaupun telah menjadi venue penganjuran konsert sebanyak tiga kali tahun ini.
Dia turut menjelaskan bahawa dua lagi konsert bakal menyusul hingga penghujung tahun dan penjagaan permukaan stadium itu mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM).
"Stadium itu telah menjadi venue konsert sebanyak tiga kali tahun ini dan dua lagi menyusul di penghujung tahun ini. Setakat ini tiada sebarang kerosakan pada permukaan stadium kerana PSM telah membangunkan SOP yang bersesuaian dengan kerjasama pembekal turf hoki.
"Sebarang tempahan akan melalui proses pematuhan SOP yang ketat, contohnya menutup rumput dengan pelapik yang disarankan pembekal asal rumput hoki bagi menampung berat.
"Acara konsert juga hanya akan dibenarkan sekiranya tidak bertembung dengan acara hoki." katanya.
#Hoki #PSN
;