Skip to main content

Sukan Lain

Konsep geran pusat kemudahan sukan bantu rancakkan  pembangunan peringkat negeri

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hannah-yeoh.jpg
Konsep geran padang bola sepak di setiap negeri bakal diguna pakai dalam menyokong usaha menambah baik pusat sukan terjun.

Sebagai sokongan untuk sukan itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, setuju geran sokongan diberikan kepada setiap negeri bagi membangunkan pusat sukan terjun di Malaysia.

"Saya nak guna seperti model bola sepak. Kami berikan RM500,000 tapi negeri itu akan memainkan komitmen mereka, yang itu saya rasa adil. Kalau tidak hanya beberapa negeri sehaja yang akan menerima manfaat ini. 

"Kalau kami bagi secara sama rata dan kalau negeri (turut sumbangkan) geran seperti yang kami berikan, (maka) kami akan bergerak serentak. 

"Kami sedang kaji model ini, kami bagi geran untuk naik taraf kemudahan pusat sukan," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom, hari ini. 

Ia bagi menjamin kesinambungan legasi sukan terjun yang sering ada wakil negara terutama dalam sukan bertemasya tertinggi seperti Olimpik.

Sarawak antara negeri yang sering menghadirkan pelapis sukan terjun, merujuk kepada fasiliti lengkap yang dimiliki khusus pusat Akuatik Pandelela Rinong di Petra Jaya.

"Keutamaan kami ialah sukan olahraga, renang dan tempur. Bermaksud dalam perancangan infrakstruktur juga, bajet untuk naik taraf juga sama. Kami berharap kerajaan negeri juga akan bergerak bersama. 

"Kerana (dalam) sukan, betul-betul (bergantung kepada) bidang kuasa dua pusat -- kerajaan pusat dan negeri. 

"Saya merancang untuk melawat kemudahan sukan terutama kolam renang dan terjun. Ia kena bergerak serentak," katanya. 

Advertisement

Must Watch Video