Pengarah Teknikal Kejurulatihan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Robert Ballard, menegaskan masih tiada kata putus tentang perkhabaran jurulatih baru yang bakal dibawa masuk.

Tujuan tersebut dibuat bagi mengukuhkan penstrukturan kejurulatihan dalam badan induk itu bagi masa akan datang.

Ballard menjelaskan bahawa KOM masih menunggu keputusan daripada Majlis Sukan Negara (MSN) mengenai peruntukan yang bakal diberikan kepada persatuan tersebut.

Berikutan perkara itu, Ballard turut memohon kenaikan bajet daripada MSN demi memastikan kelansungan sukan olahraga terjamin dan dapat dirangka dengan baik dalam setiap sudut.

"Kami tidak boleh melantik jurulatih yang baru jika tidak dapat dana yang diminta.

"Kami menunggu surat bertulis daripada MSN yang menyatakan mereka sedia menyalurkan bajet bagi pelantikan jurulatih baru serta projek jangka masa panjang.