Skip to main content

Sukan Lain

KOM: Manshahar sambut baik manifesto pembangunan, kebajikan olahraga di bawah kepimpinan Shahidan

manshahar-abd-jalil.jpg
Ketua jurulatih negara, Mansahar Abdul Jalil, menganggap olahraga negara menuju ke arah lebih baik dengan pemilihan Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim kembali memimpin Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).

Shahidan kembali ke pangkuan tertinggi badan induk itu buat kali kedua dengan mengetepikan penyandang jawatan, Datuk SM Muthu, dengan kelebihan empat undi, semalam, menerusi manifesto yang menjamin masa depan olahraga.

Antaranya penstrukturan pembangunan atlet, kebajikan, transisi dan prospek pasca kerjaya.

"Manifestonya sesuatu yang baik daripada segi pembangunan sukan dengan menekankan kebajikan atlet dan jurulatih, dapatkan lebih banyak peluang pertandingan di luar negara. 

"Ia sesuatu yang baik untuk hala tuju olahraga. 

"Jurulatih sememangnya menunggu untuk kembali berjuang, seterusnya menuju ke hadapan," katanya. 

 

Advertisement

Must Watch Video